Pengenalan


Salam buat semua khasnya anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong dan anakku Ammar Shah Iskandar ,Ammar Shah Haiqal . Blog ini diubahsuai khas buat kalian semua. Semoga paparan ilmu di sini mampu memantapkan lagi pembelajaran yang sedia ada di dalam bilik darjah.
Setiap masa dan peluang yang ada janganlah disia-siakan. Tiada siapa yang mampu mengubah pemikiran kita untuk menjadi cerdik pandai jika bukan diri kita sendiri yang bertindak menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdisiplin. Marilah kita sama-sama mengulangkaji sains dalam kehidupan kita mengikut bab demi bab ya anak-anak...
DEMI MENINGKATKAN PRESTASI DIRI DAN AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG yang bakal melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sains Tahun 6.

Bab 1.2
PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.

Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.

Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.
(ok,anak-anak jangan lupa kongsi2 ya..cikgu sayang kamu)


Haiwan Yang Telah Pupus

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus....

1.Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

2.Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.

Ahad, 7 September 2014

Selasa, 13 Mei 2014

Isnin, 14 Januari 2013

Kemusnahan Alam Sekitar

Bab 1.3(P&P 15/01/2013) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut, di darat mahupun di udara. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: 1) Pencemaran air 2) Pencemaran udara 3) Pencemaran tanah Pencemaran air merupakan suatu perubahan yang berlaku di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai laut, dan air tanah kesan daripada aktiviti manusia. Pencemaran air boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor dan mempunyai karakteristik yang berbeza-beza. Walaupun begitu, fenomena alam seperti gunung berapi, ribut, gempa bumi tidak dianggap sebagai pencemaran walaupun menyumbang perubahan yang besar kepada kualiti air. Aktiviti pengindustrian yang meluas tika ini banyak memberi kesan buruk kepada ekosistem dengan membuang bahan-bahan tercemar seperti logam berat, toksin organic, petrol, nutrient dan sebagainya. Sampah organic ini menyebabkan keperluan oksigen semakin rendah dan membahayakan seluruh ekosistem. Ia juga mengarah kepada pembentukan eutrofikasi dengan meningkatnya kandungan nutrien. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan air yang bersaiz mikro seperti alga membiak dengat cepat kesan daripada bekalan fosfat yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan warna air menjadi kehijauan, berbau busuk dan keruh. Akibatnya, kualiti air menurun dan kepekatan oksigen terlarut juga rendah. Ini menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan species lain tidak dapat tumbuh dengan baik, akhirnya mati. Selain daripada itu, cyanobakteria juga memberi masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan kerana mengandungi toksin. Pencemaran udara pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti pengankutan, pengindustrian dan pembakaran mahupun alam semulajadi seperti gunung berapi dan sebagainya. Pencemaran udara boleh didefinisikan seperti pencemaran suara, radiasi, atau cahaya. Pencemaran ini berlaku dengan hadirnya satu atau lebih bahan-bahan fizik, kimia atau biologi di atmosfera dengan jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan. Pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada primer dan sekunder. Primer merupakan bahan pencemaran yang secara langsung daripada sumber pencemaran udara. Contohnya karbon monoksida yang merupakan hasil dari pembakaran. Manakala sekunder adalah bahan pencemaran yang terbentuk daripada tindakbalas pencemaran primer di atmosfera. Contohnya seperti pembentukan ozon. Kesan daripada pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah seperti asma, bronkitis, dan gangguan pernafasan lain. Selain daripada itu, hujan asid, efek rumah hijau dan kerosakan pada lapisan ozon akan berlaku sekiranya pencemaran udara berterusan berlaku tanpa pencegahan. Pencemaran tanah adalah di mana berlakunya perubahan struktur tanah apabila bahan kimia buatan manusia menyerap masuk ke dalam tanah. Pencemaran ini terjadi akibat daripada kebocoran air kumbahan dan bahan kimia industri, penggunaan pestisid, kemalangan pengankut minyak yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat. Apabila bahan kimia beracun menyerap masuk ke permukaan tanah, ia akan menguap. Pencemaran tersebut akan termendap sebagai zat kimia beracun secara langsung memberi kesan negatif kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah. Kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia bergantung pada jenis pencemaran, kromium dan herbasid sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana menyebabkan kerosakan otak serta ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan secara berterusan terhadap benzene pada kepekatan tertentu boleh menyebakan penyakit leukemia. Selain itu terdapat beberapa simptom seperti sakit kepala, letih, iritasi mata dan ruam kulit jikalau terdedah dengan merkuri, siklodiena, organofosfat dan karmabat. Jikalau pada dos yang besar ia bleh menyebabkan kematian. Pencemaran tanah juga memberi kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia pada struktur tanah yang radikal walaupun bahan kimia hadir dengan dos yang rendah, ia tetap merbahaya. Perubahan ini menyebabkan metabolism mikroorganisma endemik dan antropoda turut berubah. Akibatnya dapat memusnahkan pelbagai spesis primer dari rantai makanan sekaligus memberi kesan pada ekosistem. Untuk menangani masalah tersebut, terdapat 2 cara, remediasi iaitu kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, aitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Manakala, bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air). Oleh itu, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, kita harus menjaga alam sekitar dengan baik sepertimana kita menjaga barang-barang yang kita sayang agar semua warga bumi berada dalam keadaan selamat dan selesa.
Antara Haiwan Yang Dah Pupus?? MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus.... Aurochs pupus sejak 1627. Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu.Setelah sekurang-kurangnya 80 tahun dilihat kelibatnya. Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia. Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini. Quagga (Equus quagga quagga) ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang. Ia pernah ditemui dalam jumlah besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh. Seperti kuda belang yang sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai, begitu juga quagga. Nama Quagga berasal dari kata Khoikhoi untuk kuda belang. Quagga pupus akibat perburuan oleh manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya. Mammoth adalah genus gajah purba yang telah punah. Ukuran tubuhnya lebih besar daripada gajah normal yang ada di dunia saat ini. Gadingnya melingkar membentuk kurva ke arah dalam dan, dalam spesies utara, dengan rambut panjang. Ada miskonsepsi bahwa mammoth lebih besar dari gajah. Spesies terbesar mammoth yang diketahui, Mammoth Imperial California, memiliki tinggi punggung sekurangnya 5 meter. Mammoth umumnya memiliki berat 6-8 ton, namun mammoth jantan yang besar beratnya dapat mencapai 12 ton. Gading mammoth sepanjang 3,3 meter ditemukan di utara Lincoln, Illinois tahun 2005. Sebagian besar spesies mammoth memiliki ukuran sebesar Gajah Asia modern. Setelah sekurang-kurangnya 80 tahun dilihat kelibatnya, Eastern Cougar akhirnya diistiyharkan pupus secara rasmi. Haiwan yang terkenal dengan warna bulunya yang perang kekuning-kuningan itu telah berada dalam senarai spesies terancam sejak 1973.

Selasa, 1 Januari 2013

Bab 1:Sains Tahun 6

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian. # Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup. # Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat. # Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak. # Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka. # Kebanyakan haiwan yang tinggal secara menyendiri adalah pemangsa dan mangsa mereka tinggal secara berkumpulan. PEMANGSA DAN MANGSA adalah salah satu bentuk interaksi antara haiwan. # Haiwan yang hidup secara menyendiri melindungi diri mereka, selalunya pemangsa, dengan menggunakan kuku mereka yang tajam, gigi mereka yang kuat, menggunakan kekuatan tubuh badan mereka dan menggunakan bisa atau racun. Haiwan Yang Tinggal Secara Berkumpulan
# Sesetengah haiwan tinggal dalam koloni yang besar – terdiri daripada beberapa ribu hingga ratus ribu haiwan tersebut.
Sekoloni semut
Sekoloni lebah https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigsnTwcHzGjMbG9I1ywjpmrvaNAS9FX90FwCSTpoIXkIxjgrXvfqFhS55QdwD_HTaGVvZdYW_OjeO4Rki52kcq-wRVkVDN_hweOqf5IQeI865qn6b-l_uVTtrfFOoIq2osXNiLZgCorg4/s400/bat013.jpg Sekoloni Kelawar Haiwan Yang Tinggal Secara Menyendiri # Haiwan yang tinggal secara menyendiri buat semua perkara sendirian. # Mereka tinggal dan buru makanan sendirian. # Haiwan ini mempunyai ruang yang cukup dan memadai untuk berehat dan tidur dalam habitat mereka.
Panda gergasi
Harimau bintang
Helang https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaHDAHH9zGh9_O0w1K0YoyWvaacIYtEprgN9CV_7oyqNtASVbY9dsZKKvnOu1jvzoOo1DFidj8MAnum7ARvB2jb4lJsX40ZMzIMpN824f6S6A-Ap1GAYcAJsurpiIRoH2v-FXxsVxCnt4/s320/Brown_bear_rearing.jpg Beruang
Ular Ular
Sotong kurita
Burung hantu

Sabtu, 11 Februari 2012

haiwan kian pupus

BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 Halaman Lima Haiwan wujud dalam banyak bentuk dan saiz. Ia berjalan atau merayap di darat dan mengorek lubang dalam tanah. Ia berenang dalam air dan terbang di udara. Malah sesetengah haiwan hidup di dalam badan haiwan-haiwan lain. Haiwan yang terbesar ialah paus biru, panjangnya kira-kira 30 meter atau sepanjang sebaris lima ekor gajah dewasa. Tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyak spesies haiwan. Setakat ini, ahli sains telah mengelaskan, mengumpul dan menamakan lebih daripada 1.5 juta jenis haiwan. Lebih daripada setengah jumlah ini adalah jenis serangga. Banyak spesies baru ditemui setiap tahun. Ahli sains percaya bahawa mungkin terdapat 2 juta hingga 50 juta jenis haiwan yang hidup sekarang. Banyak jenis haiwan lain pernah hidup di bumi ini tetapi telah pupus. Ia termasuk dinosaur dan dodo. Haiwan boleh dikelompokkan dengan banyak cara. Ia boleh disusun mengikut sama ada haiwan tersebut hidup di darat atau di dalam air, mengikut bilangan kakinya, dikelompokkan melalui cara ia bergerak, dibahagikan kepada kumpulan mengikut jenis darah sama ada ia berdarah sejuk atau berdarah panas dan mengikut kumpulan sama ada ia bertulang belakang atau tidak. Secara saintifiknya ahli zoologi membahagikannya kepada kumpulan yang lebih kecil lagi, yang mempunyai lebih banyak sifat yang sama. Kumpulan yang terbesar ialah alam Animalia sendiri yang termasuk semua haiwan. Seterusnya, setiap haiwan diletakkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai filum. Setiap filum dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai kelas. Kelas dibahagikan kepada order, dan order dibahagikan kepada famili. Famili pula dibahagikan kepada genus, dan genus dibahagikan kepada spesies. Misalnya, harimau tergolong dalam alam Animalia, filum Kordata, kelas Mamalia, order Karnivora, famili Felida, dan genus Panthera. Ia adalah anggota spesies Panthera tigris. Singa berkaitan dengan harimau. Ia tergolong dalam alam yang sama (Animalia), filum (Kordata), kelas (Mamalia), order (Karnivora), famili (Felida), dan genus (Panthera) yang sama seperti harimau. Tetapi singa dikelaskan dalam spesies yang berbeza iaitu Panthera leo. Haiwan hidup di banyak jenis tempat. Tempat haiwan hidup dikenali sebagai habitatnya. Setiap jenis habitat menimbulkan cabaran khas kepada haiwan. Terdapat tujuh jenis habitat haiwan yang terdiri daripada pergunungan, padang rumput, hutan beriklim sederhana, hutan tropika, gurun, kawasan kutub, dan lautan. Habitat haiwan juga dikumpulkan mengikut benua tempat ia tinggal seperti Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Australia dan Eropah. Setiap spesies haiwan memainkan peranan dalam keseimbangan kesemua sistem kehidupan. Kini, semakin banyak bilangan haiwan di seluruh dunia terancam akibat kepupusan. Bumi telah melalui beberapa zaman kepupusan besar-besaran. Ramai ahli sains percaya bahawa dalam zaman kepupusan yang lalu, haiwan pupus kerana sebab-sebab semula jadi tetapi kini aktiviti manusia bertanggungjawab terhadap kemusnahan spesies. Terdapat tiga pengelasan utama bagi spesies haiwan dalam bahaya kepupusan iaitu pertamanya terancam, kedua mudah terdedah kepada bahaya dan akhirnya ialah nadir. Spesies terancam menghadapi ancaman kepupusan yang paling serius. Ia memerlukan perlindungan manusia secara langsung untuk hidup. Umpamanya ikan Sturgeon yang biasa hidup di perairan di Eropah. Penangkapan spesies yang ikan ini secara berlebihan dan pencemaran persekitarannya telah menyebabkan bilangannya merosot. Pembinaan empangan dan lain-lain kerja air di sungai tempat sturgeon biasa berhijrah untuk bertelur (membiak) juga telah membahayakan ikan ini. Spesies mudah terancam kepada bahaya kadangkala dirujuk sebagai spesies terancam. Ia banyak terdapat di sesetengah kawasan tetapi bilangannya semakin berkuranggan atau menghadapi bahaya yang serius. Contohnya tenggiling raksasa yang mendiami Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Apabila penduduk bertambah, manusia telah memusnahkan banyak habitat tenggiling untuk memberi laluan kepada ladang dan bandar. Di Amerika Selatan tenggiling raksasa diburu sebagai aktiviti sukan. Manakala spesies nadir pula sama ada mempunyai populasi di kawasan geografi yang sempit atau bertaburan jauh-jauh di seluruh kawasan yang luas. Antara contoh haiwan terancam dalam spesies ini adalah helang harpy yang terbesar dan terkuat yang tinggal bertaburan di selatan Mexico hingga ke timur Bolivia, selatan Brazil dan utara Argentina. Pemusnahan hutan hujan tropika dikenal pasti sebagai ancaman kepada spesies burung pemangsa ini. Banyak faktor menyumbang kepada terancamnya haiwan antaranya ialah pemusnahan habitat yang merupakan ancaman utama kepada haiwan. Penerokaan hutan, penebangan pokok dan aktiviti pembakaran untuk memberi laluan kepada tanah ladang menyebabkan habitat musnah dan spesies menghadapi bahaya kepupusan. Dianggarkan 50 spesies hutan hujan menjadi pupus setiap hari kerana aktiviti manusia. Sesetengah haiwan terancam akibat aktiviti perdagangan keluaran haiwan kerana bulunya atau lain-lain bahagian badannya dianggap bernilai. Misalnya, tanduk badak sumbu dan gading gajah. Haiwan tersebut terancam apabila pemburu membunuh bagi mendapatkannya. Selain itu, pemburuan berlebihan sesuatu spesies boleh menyebabkan kepupusan. Kadangkala haiwan diburu kerana manusia menganggapnya sebagai perosak seperti yang berlaku ke atas serigala merah di Amerika Utara yang dijerat, diburu dan diracun kerana sebab ini. Pengenalan spesies baru ke sesuatu kawasan juga dikenal pasti sebagai bencana bagi haiwan asalnya. Apabila orang Eropah mendarat di Hawaii dan lain-lain kepulauan Pasifik, tikus terlepas lari dari kapal dan aktiviti memperkenalkan kucing bela jinak memakan dan membunuh burung asal. Akibatnya, lebih daripada 100 jenis burung di Kepulauan Pasifik telah pupus sejak tahun 1600. Faktor lain yang mengancam haiwan ialah penduduk manusia yang semakin bertambah yang mengurangkan sumber-sumber yang ada dan memerlukan lebih banyak tanah untuk hidup. Akibatnya lebih banyak habitat haiwan akan dimusnahkan. Selama bertahun-tahun, kebimbangan terhadap hidupan liar yang semakin lenyap menyebabkan manusia mengambil beberapa langkah. Sesetengah haiwan dilindungi di tempat perlindungan hidupan liar atau di taman manakala yang lain hidup di zoo. Banyak zoo dan pusat penyelidikan membiakbakaan haiwan terancam dengan harapan mengembalikan anaknya ke habitatnya. Dalam usaha melindungi dan pemuliharaan haiwan beberapa pertubuhan pemuliharaan hidupan liar beroperasi di banyak negara antaranya adalah Greenpeace, World Wide Fund for Nature dan The World Conservation Union. Di Malaysia usaha perlindungan dan pembiakbakaan giat dijalankan bagi memastikan spesies haiwan terpelihara. Baru-baru ini penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menghasilkan ikan kerapu kacukan dari dua spesies ikan kerapu melalui penyuburan telur ikan kerapu harimau (Epinephelus fuscogultalus) dengan ikan kerapu gergasi (Epinephelus lanceolatus) menggunakan teknik penyuburan in-vitro (IVF). Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin ia merupakan kejayaan pertama percantuman seumpamanya di dunia yang menggabungkan ciri-ciri morfologikal dua spesies induk. Penemuan itu adalah hasil kerjasama penyelidik dari Institut Kaji Selidik Marin Borneo UMS, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Profesor Dr Shigeharu Senoo dari Kinki University Jepun. Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan alam haiwan beserta penerangan dalam bentuk gambar, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel yang berkaitan dengan Haiwan.

Isnin, 12 Disember 2011