Pengenalan


Salam buat semua khasnya anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong dan anakku Ammar Shah Iskandar ,Ammar Shah Haiqal . Blog ini diubahsuai khas buat kalian semua. Semoga paparan ilmu di sini mampu memantapkan lagi pembelajaran yang sedia ada di dalam bilik darjah.
Setiap masa dan peluang yang ada janganlah disia-siakan. Tiada siapa yang mampu mengubah pemikiran kita untuk menjadi cerdik pandai jika bukan diri kita sendiri yang bertindak menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdisiplin. Marilah kita sama-sama mengulangkaji sains dalam kehidupan kita mengikut bab demi bab ya anak-anak...
DEMI MENINGKATKAN PRESTASI DIRI DAN AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG yang bakal melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sains Tahun 6.

Bab 1.2
PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.

Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.

Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.
(ok,anak-anak jangan lupa kongsi2 ya..cikgu sayang kamu)


Haiwan Yang Telah Pupus

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus....

1.Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

2.Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.

Isnin, 14 Januari 2013

Kemusnahan Alam Sekitar

Bab 1.3(P&P 15/01/2013) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut, di darat mahupun di udara. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: 1) Pencemaran air 2) Pencemaran udara 3) Pencemaran tanah Pencemaran air merupakan suatu perubahan yang berlaku di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai laut, dan air tanah kesan daripada aktiviti manusia. Pencemaran air boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor dan mempunyai karakteristik yang berbeza-beza. Walaupun begitu, fenomena alam seperti gunung berapi, ribut, gempa bumi tidak dianggap sebagai pencemaran walaupun menyumbang perubahan yang besar kepada kualiti air. Aktiviti pengindustrian yang meluas tika ini banyak memberi kesan buruk kepada ekosistem dengan membuang bahan-bahan tercemar seperti logam berat, toksin organic, petrol, nutrient dan sebagainya. Sampah organic ini menyebabkan keperluan oksigen semakin rendah dan membahayakan seluruh ekosistem. Ia juga mengarah kepada pembentukan eutrofikasi dengan meningkatnya kandungan nutrien. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan air yang bersaiz mikro seperti alga membiak dengat cepat kesan daripada bekalan fosfat yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan warna air menjadi kehijauan, berbau busuk dan keruh. Akibatnya, kualiti air menurun dan kepekatan oksigen terlarut juga rendah. Ini menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan species lain tidak dapat tumbuh dengan baik, akhirnya mati. Selain daripada itu, cyanobakteria juga memberi masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan kerana mengandungi toksin. Pencemaran udara pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti pengankutan, pengindustrian dan pembakaran mahupun alam semulajadi seperti gunung berapi dan sebagainya. Pencemaran udara boleh didefinisikan seperti pencemaran suara, radiasi, atau cahaya. Pencemaran ini berlaku dengan hadirnya satu atau lebih bahan-bahan fizik, kimia atau biologi di atmosfera dengan jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan. Pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada primer dan sekunder. Primer merupakan bahan pencemaran yang secara langsung daripada sumber pencemaran udara. Contohnya karbon monoksida yang merupakan hasil dari pembakaran. Manakala sekunder adalah bahan pencemaran yang terbentuk daripada tindakbalas pencemaran primer di atmosfera. Contohnya seperti pembentukan ozon. Kesan daripada pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah seperti asma, bronkitis, dan gangguan pernafasan lain. Selain daripada itu, hujan asid, efek rumah hijau dan kerosakan pada lapisan ozon akan berlaku sekiranya pencemaran udara berterusan berlaku tanpa pencegahan. Pencemaran tanah adalah di mana berlakunya perubahan struktur tanah apabila bahan kimia buatan manusia menyerap masuk ke dalam tanah. Pencemaran ini terjadi akibat daripada kebocoran air kumbahan dan bahan kimia industri, penggunaan pestisid, kemalangan pengankut minyak yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat. Apabila bahan kimia beracun menyerap masuk ke permukaan tanah, ia akan menguap. Pencemaran tersebut akan termendap sebagai zat kimia beracun secara langsung memberi kesan negatif kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah. Kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia bergantung pada jenis pencemaran, kromium dan herbasid sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana menyebabkan kerosakan otak serta ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan secara berterusan terhadap benzene pada kepekatan tertentu boleh menyebakan penyakit leukemia. Selain itu terdapat beberapa simptom seperti sakit kepala, letih, iritasi mata dan ruam kulit jikalau terdedah dengan merkuri, siklodiena, organofosfat dan karmabat. Jikalau pada dos yang besar ia bleh menyebabkan kematian. Pencemaran tanah juga memberi kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia pada struktur tanah yang radikal walaupun bahan kimia hadir dengan dos yang rendah, ia tetap merbahaya. Perubahan ini menyebabkan metabolism mikroorganisma endemik dan antropoda turut berubah. Akibatnya dapat memusnahkan pelbagai spesis primer dari rantai makanan sekaligus memberi kesan pada ekosistem. Untuk menangani masalah tersebut, terdapat 2 cara, remediasi iaitu kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, aitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Manakala, bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air). Oleh itu, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, kita harus menjaga alam sekitar dengan baik sepertimana kita menjaga barang-barang yang kita sayang agar semua warga bumi berada dalam keadaan selamat dan selesa.