Pengenalan


Salam buat semua khasnya anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong dan anakku Ammar Shah Iskandar ,Ammar Shah Haiqal . Blog ini diubahsuai khas buat kalian semua. Semoga paparan ilmu di sini mampu memantapkan lagi pembelajaran yang sedia ada di dalam bilik darjah.
Setiap masa dan peluang yang ada janganlah disia-siakan. Tiada siapa yang mampu mengubah pemikiran kita untuk menjadi cerdik pandai jika bukan diri kita sendiri yang bertindak menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdisiplin. Marilah kita sama-sama mengulangkaji sains dalam kehidupan kita mengikut bab demi bab ya anak-anak...
DEMI MENINGKATKAN PRESTASI DIRI DAN AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG yang bakal melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sains Tahun 6.

Bab 1.2
PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.

Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.

Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.
(ok,anak-anak jangan lupa kongsi2 ya..cikgu sayang kamu)


Haiwan Yang Telah Pupus

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus....

1.Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

2.Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.

Sabtu, 11 Februari 2012

haiwan kian pupus

BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 Halaman Lima Haiwan wujud dalam banyak bentuk dan saiz. Ia berjalan atau merayap di darat dan mengorek lubang dalam tanah. Ia berenang dalam air dan terbang di udara. Malah sesetengah haiwan hidup di dalam badan haiwan-haiwan lain. Haiwan yang terbesar ialah paus biru, panjangnya kira-kira 30 meter atau sepanjang sebaris lima ekor gajah dewasa. Tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyak spesies haiwan. Setakat ini, ahli sains telah mengelaskan, mengumpul dan menamakan lebih daripada 1.5 juta jenis haiwan. Lebih daripada setengah jumlah ini adalah jenis serangga. Banyak spesies baru ditemui setiap tahun. Ahli sains percaya bahawa mungkin terdapat 2 juta hingga 50 juta jenis haiwan yang hidup sekarang. Banyak jenis haiwan lain pernah hidup di bumi ini tetapi telah pupus. Ia termasuk dinosaur dan dodo. Haiwan boleh dikelompokkan dengan banyak cara. Ia boleh disusun mengikut sama ada haiwan tersebut hidup di darat atau di dalam air, mengikut bilangan kakinya, dikelompokkan melalui cara ia bergerak, dibahagikan kepada kumpulan mengikut jenis darah sama ada ia berdarah sejuk atau berdarah panas dan mengikut kumpulan sama ada ia bertulang belakang atau tidak. Secara saintifiknya ahli zoologi membahagikannya kepada kumpulan yang lebih kecil lagi, yang mempunyai lebih banyak sifat yang sama. Kumpulan yang terbesar ialah alam Animalia sendiri yang termasuk semua haiwan. Seterusnya, setiap haiwan diletakkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai filum. Setiap filum dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai kelas. Kelas dibahagikan kepada order, dan order dibahagikan kepada famili. Famili pula dibahagikan kepada genus, dan genus dibahagikan kepada spesies. Misalnya, harimau tergolong dalam alam Animalia, filum Kordata, kelas Mamalia, order Karnivora, famili Felida, dan genus Panthera. Ia adalah anggota spesies Panthera tigris. Singa berkaitan dengan harimau. Ia tergolong dalam alam yang sama (Animalia), filum (Kordata), kelas (Mamalia), order (Karnivora), famili (Felida), dan genus (Panthera) yang sama seperti harimau. Tetapi singa dikelaskan dalam spesies yang berbeza iaitu Panthera leo. Haiwan hidup di banyak jenis tempat. Tempat haiwan hidup dikenali sebagai habitatnya. Setiap jenis habitat menimbulkan cabaran khas kepada haiwan. Terdapat tujuh jenis habitat haiwan yang terdiri daripada pergunungan, padang rumput, hutan beriklim sederhana, hutan tropika, gurun, kawasan kutub, dan lautan. Habitat haiwan juga dikumpulkan mengikut benua tempat ia tinggal seperti Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Australia dan Eropah. Setiap spesies haiwan memainkan peranan dalam keseimbangan kesemua sistem kehidupan. Kini, semakin banyak bilangan haiwan di seluruh dunia terancam akibat kepupusan. Bumi telah melalui beberapa zaman kepupusan besar-besaran. Ramai ahli sains percaya bahawa dalam zaman kepupusan yang lalu, haiwan pupus kerana sebab-sebab semula jadi tetapi kini aktiviti manusia bertanggungjawab terhadap kemusnahan spesies. Terdapat tiga pengelasan utama bagi spesies haiwan dalam bahaya kepupusan iaitu pertamanya terancam, kedua mudah terdedah kepada bahaya dan akhirnya ialah nadir. Spesies terancam menghadapi ancaman kepupusan yang paling serius. Ia memerlukan perlindungan manusia secara langsung untuk hidup. Umpamanya ikan Sturgeon yang biasa hidup di perairan di Eropah. Penangkapan spesies yang ikan ini secara berlebihan dan pencemaran persekitarannya telah menyebabkan bilangannya merosot. Pembinaan empangan dan lain-lain kerja air di sungai tempat sturgeon biasa berhijrah untuk bertelur (membiak) juga telah membahayakan ikan ini. Spesies mudah terancam kepada bahaya kadangkala dirujuk sebagai spesies terancam. Ia banyak terdapat di sesetengah kawasan tetapi bilangannya semakin berkuranggan atau menghadapi bahaya yang serius. Contohnya tenggiling raksasa yang mendiami Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Apabila penduduk bertambah, manusia telah memusnahkan banyak habitat tenggiling untuk memberi laluan kepada ladang dan bandar. Di Amerika Selatan tenggiling raksasa diburu sebagai aktiviti sukan. Manakala spesies nadir pula sama ada mempunyai populasi di kawasan geografi yang sempit atau bertaburan jauh-jauh di seluruh kawasan yang luas. Antara contoh haiwan terancam dalam spesies ini adalah helang harpy yang terbesar dan terkuat yang tinggal bertaburan di selatan Mexico hingga ke timur Bolivia, selatan Brazil dan utara Argentina. Pemusnahan hutan hujan tropika dikenal pasti sebagai ancaman kepada spesies burung pemangsa ini. Banyak faktor menyumbang kepada terancamnya haiwan antaranya ialah pemusnahan habitat yang merupakan ancaman utama kepada haiwan. Penerokaan hutan, penebangan pokok dan aktiviti pembakaran untuk memberi laluan kepada tanah ladang menyebabkan habitat musnah dan spesies menghadapi bahaya kepupusan. Dianggarkan 50 spesies hutan hujan menjadi pupus setiap hari kerana aktiviti manusia. Sesetengah haiwan terancam akibat aktiviti perdagangan keluaran haiwan kerana bulunya atau lain-lain bahagian badannya dianggap bernilai. Misalnya, tanduk badak sumbu dan gading gajah. Haiwan tersebut terancam apabila pemburu membunuh bagi mendapatkannya. Selain itu, pemburuan berlebihan sesuatu spesies boleh menyebabkan kepupusan. Kadangkala haiwan diburu kerana manusia menganggapnya sebagai perosak seperti yang berlaku ke atas serigala merah di Amerika Utara yang dijerat, diburu dan diracun kerana sebab ini. Pengenalan spesies baru ke sesuatu kawasan juga dikenal pasti sebagai bencana bagi haiwan asalnya. Apabila orang Eropah mendarat di Hawaii dan lain-lain kepulauan Pasifik, tikus terlepas lari dari kapal dan aktiviti memperkenalkan kucing bela jinak memakan dan membunuh burung asal. Akibatnya, lebih daripada 100 jenis burung di Kepulauan Pasifik telah pupus sejak tahun 1600. Faktor lain yang mengancam haiwan ialah penduduk manusia yang semakin bertambah yang mengurangkan sumber-sumber yang ada dan memerlukan lebih banyak tanah untuk hidup. Akibatnya lebih banyak habitat haiwan akan dimusnahkan. Selama bertahun-tahun, kebimbangan terhadap hidupan liar yang semakin lenyap menyebabkan manusia mengambil beberapa langkah. Sesetengah haiwan dilindungi di tempat perlindungan hidupan liar atau di taman manakala yang lain hidup di zoo. Banyak zoo dan pusat penyelidikan membiakbakaan haiwan terancam dengan harapan mengembalikan anaknya ke habitatnya. Dalam usaha melindungi dan pemuliharaan haiwan beberapa pertubuhan pemuliharaan hidupan liar beroperasi di banyak negara antaranya adalah Greenpeace, World Wide Fund for Nature dan The World Conservation Union. Di Malaysia usaha perlindungan dan pembiakbakaan giat dijalankan bagi memastikan spesies haiwan terpelihara. Baru-baru ini penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menghasilkan ikan kerapu kacukan dari dua spesies ikan kerapu melalui penyuburan telur ikan kerapu harimau (Epinephelus fuscogultalus) dengan ikan kerapu gergasi (Epinephelus lanceolatus) menggunakan teknik penyuburan in-vitro (IVF). Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin ia merupakan kejayaan pertama percantuman seumpamanya di dunia yang menggabungkan ciri-ciri morfologikal dua spesies induk. Penemuan itu adalah hasil kerjasama penyelidik dari Institut Kaji Selidik Marin Borneo UMS, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Profesor Dr Shigeharu Senoo dari Kinki University Jepun. Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan alam haiwan beserta penerangan dalam bentuk gambar, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel yang berkaitan dengan Haiwan.