Pengenalan


Salam buat semua khasnya anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong dan anakku Ammar Shah Iskandar ,Ammar Shah Haiqal . Blog ini diubahsuai khas buat kalian semua. Semoga paparan ilmu di sini mampu memantapkan lagi pembelajaran yang sedia ada di dalam bilik darjah.
Setiap masa dan peluang yang ada janganlah disia-siakan. Tiada siapa yang mampu mengubah pemikiran kita untuk menjadi cerdik pandai jika bukan diri kita sendiri yang bertindak menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdisiplin. Marilah kita sama-sama mengulangkaji sains dalam kehidupan kita mengikut bab demi bab ya anak-anak...
DEMI MENINGKATKAN PRESTASI DIRI DAN AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG yang bakal melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sains Tahun 6.

Bab 1.2
PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.

Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.

Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.
(ok,anak-anak jangan lupa kongsi2 ya..cikgu sayang kamu)


Haiwan Yang Telah Pupus

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia? Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan yang dah pupus....

1.Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

2.Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.

Isnin, 12 Disember 2011

Ahad, 11 Disember 2011

Mikroorganisma yang mereputkan bahan buangan

1. Sesetengah organisma memperoleh makanan daripada tumbuhan atau haiwan mati dan menguraikannya kepada bahan ringkas.
2. Mikroorganisma ini disebut sebagai pengurai.Pengurai juga boleh menguraikan bahan buanga kepada bahan ringkas. Dua pengurai yang utama ialah fungi dan bakteria.
3. Mikroorganisma ini menguraikan bahan organik. Sisa makanan ,pakaian serta tumbuhan dan haiwan mati terdiri daripada bahan organik.
4. Bahan kimia dalam bahan organik ini dikembalikan ke dalam tanah untuk kegunaan tumbuhan.
5. Fungi dan Bakteria melindungi bumi daripada ditimbuni oleh bahan buangan.

Bahan Buangan Yang Boleh Mereput

1.Sesetengah bahan boleh mereput atas tindakan mikroorganisma dan sesetengahnya tidak boleh mereput.
2.Bahan yang boleh mereput atas tindakan mikroorganisma dinamakan bahan yang terbiodegrasikan.Contohnya sisa makanan,kertas, dan produk yang dibuat daripada bahan organik seperti kapas dan getah bolh direputkan oleh mikroorganisma.
3. Contoh bahan buangan yang tidak boleh mereput ialah plastik.
4. Oleh sebab itu apabila plastik dibuang ke dalam tong sampah dan kemudian di bawa ke kawasan penimbusan, plastik kekal di situ.
5. Selain daripada itu pembakaran plastik dihasilkan dalam insinerator juga boleh menghasilkan gas beracun.

pakaian(kapas)
bangkai haiwan
Bahan buangan yang tidak boleh mereput



Rabu, 26 Oktober 2011

Pencemaran Alam Sekitar..


PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
  1. Pencemaran udara
  2. Pencemaran air
  3. Pencemaran laut
  4. Pencemaran bunyi
  5. Pencemaran tanah
  6. Pencemaran haba
  7. Pencemaran sungai dan kolam
Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.
1. Pencemaran Udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.
Rajah 1.1 – Pencemaran udara
2. Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
  • Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
  • Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.
Rajah 1.2 – Pencemaran Air
3. Pencemaran laut
Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
  • Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
  • MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut  di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.
  • Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
Rajah 1.3 – Pencemaran laut
4. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
  • Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
  • Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
  • Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
  • Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.
Rajah 1.4 – Pencemaran tanah
5. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca pencemaran ini ialah :
  • Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
  • Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
  • Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.
Rajah 1.5 – Pencemaran Bunyi
Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
sila rujuk link ini:
http://alamsekitarterkini.wordpress.com/

Isnin, 24 Oktober 2011

Pembuangan Bahan Buangan Secara Tidak Terancang

Manusia membuang beratus-ratus tan sampah sarap setiap hari. Sekiranya bahan buangan ini tidak dubuang dengan betul, tanah kita akan tercemar. Persekitaran kita akan menjadi kotor dan berbau busuk. Pelbagai bahan buangan yang dibuang secara tidak terancang yang menjejaskan alam sekitar:
a) Sampah sarap dibuang merata-rata.
b) Pembakaran secara terbuka.
c) Bahan buangan dari kilang disalurkan terus ke sungai tanpa perawatan.Asap kilang dibebaskan ke udara.

Ahad, 23 Oktober 2011